src="http://www.blogdrive.com/layouts/head/head20.gif">



Jul 22, 2006
Minggu Pengenalan Kelab UKMKL

 

Alhamdulillah,pada 18 dan 19 Julai yang lalu telah selamat berlangsungnya minggu pengenalan kelab untuk mahasiswa/i tahun 1 di UKM KL. Kira semua kelab dan persatuan di kampus ana telah membuka gerai untuk pendaftaran ahli. Alhamdulillah, ana diamanahkan untuk mengendalikan gerai Kelab Kesenian Islam. Walaupun sibuk dengan kuliah di sebelah pagi,barisan Majlis Tertinggi Kelab Kesenian Islam telah bertungkus lumus menyiapkan gerai dan menguruskan gerai jualan dengan jayanya. Program bermula pada 18 Julai dan diakhiri dengan kehadiran Inteam di gerai kami pada 19 Julai. Terima kasih ana ucapkan kepada akhi Hazamin,Rahim,Syahril dan Fairuz yang sanggup datang ke gerai kami untuk mempromosikan album.

Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Maszlee Malik , Ustazah Hamidah Mat dan Kapten Hafiz Firdaus kerana sudi untuk bekerjasama dengan pihak kami dalam mempromosikan buku-buku kepada pelajar2 baru.Tak lupa juga kpd abang Khairi dari Inteam Records yang telah banyak membantu kami dalam urusan jualan kaset nasyid dan cenderamata Inteam Records.

Sekalung penghargaan juga ana ucapkan kepada adik2 yang telah membantu ana dalam mengendalikan gerai tersebut. Kepada K-Din,Yazid,Saha,Rini,Aida,Husna,Eja,Erni serta Zimah ,ana ucapkan terima kasih atas komitmen antum.


Wallahualam..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted at 02:32 pm by haaziq
Make a comment  

Jul 21, 2006
Program KTI

 

Alhamdulillah…dah lama rasanya ana tak update blog ni..Masa tak mengizinkan…Alhamdulillah,pada 8 Julai lepas telah selamat berlangsungnya program TOT Komuniti Teman Inteam di Balai Islam. Walaupun penat,tapi alhamdulillah amat menyeronokkan. Program bermula pada pukul 9.50 pagi. Seawal jam 7.00 pagi, MPV Inteam yang dipandu oleh akhi Rahim telah mengambil ana dengan sahabat2 lain di UKMKL. Ucapan terima kasih ana ucapkan kepada akhi Rahim yang banyak membantu kami..MPV yang dinaiki oleh ana,safuan,akhi faizal dan wahyuni telah bergerak ke KL Sentral untuk mengambil sahabat2 lain yg turut serta dalam program ni. Sampai di KL Sentral,jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah,peserta muslimin telah ada yg sampai..Ana,safuan n akhi faizal turun di KL Sentral dan memberi peluang kepada sahabat2 lain untuk pergi terlebih dahulu ke Balai Islam. Trip yang pertama dinaiki oleh husaini,nazwan,nazrul,azlan dan zulhilmi..Tidak berapa lama kemudian trip yang kedua menyusul. Akhi Rahim terpaksa membuat dua trip perjalanan dari KL Sentral ke Balai Islam kerana bilangan peserta yang agak ramai..Trip kedua diketuai oleh Haslina..Alhamdulillah,semua peserta berjaya dibawa ke KL Sentral.. Selesai mengangkut peserta ,akhi Rahim terpaksa bergegas ke KLIA untuk mengambil akhi Amin,Syah,Khalil,n Fairuz yang baru selesai mengadakan show di Dungun,Terengganu.

Tepat jam 8.45 pagi,akhi Caremore tiba di KL Sentral dan membawa ana n akhi faizal ke Balai Islam. Kami tiba di Balai Islam agak lewat kerana tersesat jalan. Akhi Caremore terpaksa mengikut jalan yang agak jauh. Sampai jer di Balai Islam,semua peserta sudah memenuhi ruang bilik konferens..Alhamdulillah…Program bermula tepat jam 9.50 pagi..Sesi dimulakan dengan sesi taruf secara ringkas..Semua peserta diminta memperkenalkan diri…Masa nila dhany n safuan asyik kenakan ana…Hehe..Kira-kira jam 11.30 pagi,akhi2 Inteam pun sampai dan memasuki bilik konferens…Terkejut gak coz akhi Khalil Mestica pun datang..Slot diteruskan dengan ucapan dari pihak Inteam..Akhi Syah memulakan ucapan dari pihak Inteam kemudian disusuli denagn akhi Amin dan akhi Rahim..Slot taaruf diulang secara ringkas kerana pihak Inteam ingin berkenalan dengan semua forumer yg hadir pada hari tersebut..Tepat jam 11.55 pagi,akhi Najib sampai bersama –sama akhi Bazli Unic dan akhi Fazli Unic…Suasana menjadi meriah kerana kedatangan wakil dari kumpulan UNIC…Alhamdulillah..Program diteruskan dengan sesi autograph dan bergambar bersama Inteam n UNIC…Kira2 jam 1.00 tengahari,semua peserta menikmati jamuan tengahari yg disediakan oleh akhi akmal..Inteam turut sama join ahli2 KTI untuk makan tengahari di kafetaria Balai Islam..

Program disambung semula pada jam 2.00 petang dengan pembentangan modul program oleh ukhti iman,wahyuni,salwa serta akhi akmal n azrul…Alhamdulillah,program tamat pada jam 6.00 tetang dengan diakhiri oleh bacaan ikrar yang diketuai oleh akhi Najib….

Overall program quite ok…Ucapan terima kasih ana ucapkan kepada safuan,husaini,iman,syura,wahyuni,akhi faizal,dhany dan semua ikhwan n akhawat yg menjayakan program tersebut…,Wallahualam


Posted at 10:39 pm by haaziq
Make a comment  

Jun 7, 2006
Warkah Dari Palestin

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.



Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.

Posted at 02:40 pm by haaziq
Make a comment  

Jun 4, 2006
Minggu yang memenatkan!!!

Alhamdulillah...minggu ni dapat cuti dari supervisor praktikal...
Minggu ni nak kena setelkan bahan tesis...Tak jumpa lagi supervisor ni....
Dahla kena tukar tajuk....Aduh.....Proposal tesis pun tak siap lagi.....
10 Jun ni ada meeting KTI kat Balai Islam Masjid Al Ghufran,Damansara.....
Quite bz this week....Huh....Patutnya ana kena pergi meeting organisasi Operasi Khidmat Masyarakat kat Langkawi 10 Jun tu.....Tapi clash dengan meeting KTI...
Terpaksa pilih salah satu.....


Posted at 12:42 pm by haaziq
Make a comment  

Jun 3, 2006
Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Huh...Berjaya gak ana buat blogdrive ni hari ni...Jazakallah Along_Safa....

Jasamu dikenang....Hehe......Ahlan wasahlan ila sahabat2 yang tgh surf blog ana....

Still under construction ni...Tengah dalam proses decorate...Tunggu yer...

Ws


Posted at 11:34 pm by haaziq
Make a comment  

Salam Mahabbah Fillah Min Haaziq
   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

STRIVE FOR ISLAM

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed