Alhamdulillah…dah lama rasanya ana tak update blog ni..Masa tak mengizinkan…Alhamdulillah,pada 8 Julai lepas telah selamat berlangsungnya program TOT Komuniti Teman Inteam di Balai Islam. Walaupun penat,tapi alhamdulillah amat menyeronokkan. Program bermula pada pukul 9.50 pagi. Seawal jam 7.00 pagi, MPV Inteam yang dipandu oleh akhi Rahim telah mengambil ana dengan sahabat2 lain di UKMKL. Ucapan terima kasih ana ucapkan kepada akhi Rahim yang banyak membantu kami..MPV yang dinaiki oleh ana,safuan,akhi faizal dan wahyuni telah bergerak ke KL Sentral untuk mengambil sahabat2 lain yg turut serta dalam program ni. Sampai di KL Sentral,jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah,peserta muslimin telah ada yg sampai..Ana,safuan n akhi faizal turun di KL Sentral dan memberi peluang kepada sahabat2 lain untuk pergi terlebih dahulu ke Balai Islam. Trip yang pertama dinaiki oleh husaini,nazwan,nazrul,azlan dan zulhilmi..Tidak berapa lama kemudian trip yang kedua menyusul. Akhi Rahim terpaksa membuat dua trip perjalanan dari KL Sentral ke Balai Islam kerana bilangan peserta yang agak ramai..Trip kedua diketuai oleh Haslina..Alhamdulillah,semua peserta berjaya dibawa ke KL Sentral.. Selesai mengangkut peserta ,akhi Rahim terpaksa bergegas ke KLIA untuk mengambil akhi Amin,Syah,Khalil,n Fairuz yang baru selesai mengadakan show di Dungun,Terengganu.
Tepat jam 8.45 pagi,akhi Caremore tiba di KL Sentral dan membawa ana n akhi faizal ke Balai Islam. Kami tiba di Balai Islam agak lewat kerana tersesat jalan. Akhi Caremore terpaksa mengikut jalan yang agak jauh. Sampai jer di Balai Islam,semua peserta sudah memenuhi ruang bilik konferens..Alhamdulillah…Program bermula tepat jam 9.50 pagi..Sesi dimulakan dengan sesi taruf secara ringkas..Semua peserta diminta memperkenalkan diri…Masa nila dhany n safuan asyik kenakan ana…Hehe..Kira-kira jam 11.30 pagi,akhi2 Inteam pun sampai dan memasuki bilik konferens…Terkejut gak coz akhi Khalil Mestica pun datang..Slot diteruskan dengan ucapan dari pihak Inteam..Akhi Syah memulakan ucapan dari pihak Inteam kemudian disusuli denagn akhi Amin dan akhi Rahim..Slot taaruf diulang secara ringkas kerana pihak Inteam ingin berkenalan dengan semua forumer yg hadir pada hari tersebut..Tepat jam 11.55 pagi,akhi Najib sampai bersama –sama akhi Bazli Unic dan akhi Fazli Unic…Suasana menjadi meriah kerana kedatangan wakil dari kumpulan UNIC…Alhamdulillah..Program diteruskan dengan sesi autograph dan bergambar bersama Inteam n UNIC…Kira2 jam 1.00 tengahari,semua peserta menikmati jamuan tengahari yg disediakan oleh akhi akmal..Inteam turut sama join ahli2 KTI untuk makan tengahari di kafetaria Balai Islam..
Program disambung semula pada jam 2.00 petang dengan pembentangan modul program oleh ukhti iman,wahyuni,salwa serta akhi akmal n azrul…Alhamdulillah,program tamat pada jam 6.00 tetang dengan diakhiri oleh bacaan ikrar yang diketuai oleh akhi Najib….
Overall program quite ok…Ucapan terima kasih ana ucapkan kepada safuan,husaini,iman,syura,wahyuni,akhi faizal,dhany dan semua ikhwan n akhawat yg menjayakan program tersebut…,Wallahualam
Posted at 10:39 pm by haaziq